Cara Buat Duit Dengan Blog

Untuk buat duit dengan blog, memang ada pelbagai cara. Tak kesah la, sama ada anda produk sendiri, mahupun tidak ada. Atau pun, tak nak jual mana mana produk sekali pun. Anda masih lagi boleh menjana kewangan dengan blog..

Margin keuntungan?

Bergantung kepada bidang, dan permintaan market yang anda boleh berikan..

Bermaksud, lagi rajin anda berusaha, lagi banyak la boleh dapat. Yang penting, mesti buat dengan betul..

Model bisnes blogging yang terbaik?

Bagi saya. Ada 4 benda bawah ni..

  1. Ada produk yang anda boleh jual
  2. Ada kelas yang anda jalan kan
  3. Ada affiliate program sendiri yang anda boleh harapkan..
  4. Ada ruangan iklan yang anda boleh sewakan.. – maksudnya selain daripada jual produk sendiri. Anda juga boleh sewakan beberapa area di ruangan blog anda kepada bisnes owner lain..

Benda yang 4 ini lah saya duk usahakan saban tahun.

Untuk no 3 tu, maksudnya lebih kepada saya minta orang lain tolong jual kan produk saya, dan dalam masa yang sama. Orang lain boleh buat duit, saya juga boleh buat duit.

Jadi proses untuk buat duit tu lebih mudah….

Tak pe lah, nanti saya terangkan satu persatu dan cara total untuk buat duit dengan blog.

Yang Pertama – Jual Produk Sendiri

Ini cara yang paling best buat duit dengan blog. Sebab korang ni diibaratkan ada kelebihan atau sumber rujukan kepada market produk anda.

Tapi untuk hasikan produk sendiri memang perlukan masa dan tenaga yang lebih juga. Anda juga kena deal dengan permintaan customer secara tak langsung sebenarnya untuk lebih memajukan produk anda juga.

Jual produk online juga lebih mudah berbanding dengan produk fizikal. Tak perlu sewa atau beli kedai umpamanya. Hanya sediakan produk dan jual.

Ada dua jenis produk utama, iaitu produk digital. Produk yang boleh didownload oleh customer atau pun produk fizikal.

Produk fizikal tu yang secara mudahnya sesuatu yang boleh dipegang lah.

Manakala yang digital, yang boleh didownload atau dihantar secara talian sahaja.

Seperti contoh, ebook digital, atau pun anda jual panduan yang berupa video.

Ok, so itu yang pertama ya. Kita jual produk sendiri. Hasilkan produk, dan cuba jual…

Yang Kedua – Jual Produk Orang Lain

So, katakan malas nak buat produk sendiri. Boleh sahaja jual kan produk orang lain. kiranya produk owner akan buka affiliate program. So kita join program affiliate ni.

Dan akan dapat komisyen setiap kali jualan di buat daripada link affiliate kita.

Ok? Rasanya jelas dah kot kat situ.

So untuk produk variety, atau jenis jenis produk yang boleh kita jual sangat banyak.

Antaranya….

Join KLIKJer – ini untuk produk digital, macam panduan solat, panduan diet, panduan berniaga air semua. Yang pasti ianya digital lah. Komisyen agak banyak juga. lebih kurang up to 70% dari harga jualan.

Contoh produk yang dijual di KLIKJer

KLIKjer ni top kat Malaysia. Kalau nak buat blog pasaran bahasa inggeris, boleh cuba dapatkan produk yang ada di CLIKBANK..

CLICKBANK ni lagi ganas, sebab worldwide kan..so apa sahaja panduan yang korang nak jual, MESTI AKAN ADA PUNYA… saya berani jamin 2 peratus..sanggup potong rambut kalau tak ada apa jenis produk yang korang nak jual…

Apa? Nak jual produk fizikal? Nak jual pampes? Nak jual kerusi semua?

Boleh aja.

Website ecommerce paling popular Malaysia pun ada affiliate program. Iaitu, Lazada.

Nak jual apa benda pun boleh kan kalau dah dapat join Lazada..

Tapi saya lagi suka jual barang dari Amazon.

Conversion pun akan lebih baik sebab pasaran omputih kan. Kalau nak jual barang dari Amazon untuk orang Malaysia pun boleh juga, tapi kena pandai tulis copywriting yang power power lah, sebab takut ada produk yang dijual di Amazon akan jadi double pricenya. Sebab jauh kan nak hantar.

So sangat banyak kan produk yang kita boleh jual bila join affiliate. Kalau masih lagi tak nak jual barang dari website website yang saya rekemen kan di atas. Tulis sahaja apa produk yang korang nak jual + dengan tulis affiliate program atau affiliate di Google

Seperti contoh, saya tulis Tudung Affiliate Program

Untuk tudungsicomel tu, boleh pergi ke link ini, boleh la baca syarat syarat nya…agak menarik juga untuk siapa yang ada blog kongsikan pasal girl girl ni…

Atau pun, masuk sahaja mana mana website yang korang nak, dan terus pergi ke bahagian bawah sekali. Akan ada tulis macam, make money lah, join affiliate lah. So boleh join, jualkan, dan dapat komisyen..

Done.

So kita dah dapat dua idea, cara yang paling popular buat duit dengan blog. Iaitu jual produk sendiri, atau jual produk orang lain dengan menyertai program affiliate.

Dan, cara ketiga yang antara paling popular juga ialah….

Join Advertising Ads atau Google Adsense

Yang ni lebih mudah, register dengan Google adsense. Pendaftaran memang ambil masa sikit. Lepas dah approve, letak sahaja code yang diberikan oleh Google Adsense di Blog anda.

Kalau orang KLIK, akan dapat komisyen in dollar…

Yang Ke Empat – Jual Servis

Kebiasaannya, kalau sudah ada produk sendiri, korang mesti akan ada servis yang boleh dibuat pada pengguna kan. So, boleh juga market kan servis anda di blog.

Atau, mana yang tiada servis, tapi nak juga join affiliate khas untuk servis servis sahaja, boleh juga. join CJ, dulu namanya Comission Junction. Website ni ada jual kan servis servis. Tapi pasaran omputih sahaja…

Selain daripada 4 ini…antara cara lain lagi ialah…

  1. Banner advertising – kiranya sewakan ruangan iklan di blog anda kepada orang lain. sidebar ke, leaderboard ke. Boleh cas dalam 50 hengget sebulan, sampai ke 200 hengget sebulan. Bergantung kepada pelawat atau market niche blog anda juga. lagi tinggi pun boleh..
  2. Sponsor post – mungkin ada advertiser tak nak sewa tempat, so boleh sahaja providekan 1 artikel sebagai sponsor post untuk produk yang advertiser cuba nak jual kan. Normally, saya tengok orang cas dalam RM 200
  3. Buat personal coaching atau workshop – mana yang tau masak, boleh sahaja bukak kelas. Dan dapatkan pelanggan anda dari pembaca blog…insyaAllah ramai punya.
  4. Get paid to write reviews – contoh macam hotel hotel atau kedai makan. Memang nak servis ni. Kira review pasal produk atau servis apa yang diorang buat, then dapat duit…ideanya, lebih kurang macam sponsor post juga lah…

Setakat ni ok?

Pendek kata, memang banyak benda yang kita boleh jual secara online ni. Dan kalau saya senaraikan satu persatu, akan jadi panjang berjela punya. Tapi saya teruskan lagi dengan kategori kategori yang mungkin se akan sama dengan dengan pilihan di atas, tapi yang mungkin anda tak perasan pun boleh buat duit..

  1. Join buysellads – tadi saya ada bagi tahu, kita sewakan tempat di blog kita, mungkin di sidebar ke contohnya kan? Ok, yang sekarang ni, bukan kita sewakan ruang untuk advertiser, tapi kita letak iklan dari buysellads pula supaya mereka dapat advertiser.

Macam belit sikit ayat saya tu. Tak apa saya cuba lagi..

BuySellAds ni macam tempat blog blog besar, senaraikan ruang iklan di blog mereka. Kiranya, buysellads kumpulkan semua blog blog besar ni, untuk advertiser tengok.

Dan kita pula, daftar sebagai publisher untuk tolong buysellads cari advertiser..

Alrite?

  1. Sell online course – ada satu website, namanya Udemy. Di Udemy, mereka ada buat macam satu platform yang besar. Kongsikan apa apa kos sahaja di dunia ni. Nak belajar bahasa inggeris ke, nak belajar cara repair air con ke, cara repair telephone ke. Semuanya ada. Sangat banyak lah ceritanya. Dan setiap pembelajaran ada syarat syarat khas yang udemy ketat kan pada siapa yang jual produk mereka di Udemy, iaitu mesti menggunakan kualiti video yang berkualiti tinggi.

insyaAllah lah, memang sangat sangat appealing pada siapa yang nak join dan dapatkan produk di Udemy. Dan kita sebagai blogger, boleh sahaja join dan tolong pasarkan produk atau yang lebih tepat nya, ecourse yang ada tersenarai di Udemy.. Understand?

Stand stand..ok seterusnya….

  1. Accept donation – minta derma pun boleh buat..
  2. Jual gambar – korang minat tangkap gambar? Jual kan juga di Blog. Atau dalam masa yang sama, senarikan gambar korang tu di website gambar terbesar di dunia, seperti contoh shutterstock, istockphoto dan sebagainya..so boleh juga buat duit…yang kalau nak join affiliate program dari shutterstock pun boleh juga…

Itu sahaja..

Sekian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *