Cara Buat Duit Online

Kita terus pergi nombor 1 ya….

No. 1 – Jual Produk Anda Sendiri

Konsep berniaga online ni, kadang kadang saya boleh tafsir kan macam ni. Kalau ada masalah atau keperluan yang tertentu. Benda tu boleh dijual dan kita boleh buat duit. Masalah dan keperluan yang saya maksudkan sangat luas, bukannya maksud saya ia nya macam masalah tension ke, masalah kemurungan, tapi apa sahaja yang boleh kita bantu – jadikan ia nya produk dan jual.

Seperti contoh,

  • Ada orang tak reti buat Solar Panel, paaaap ada panduan solar panel
  • Ada orang nak belajar memasak, paaaap ada panduan memasak pula
  • Ada orang nak tahu buat gardening, memang berlambak juga panduan menanam nanam ni..
  • Nak belajar buat ice cream dan cara nak run bisnes nya pun ada.

Dan macam macam lagi, konsep nya masih lagi, asalkan ada masalah atau mungkin lebih baik kalau kekalkan penggunaan ‘keperluan’, pasti akan ada permintaan..

Dan bila anda permintaan, orang tu mesti kena bayar kita untuk tahu, atau orang tu mesti bayar kita kalau kita yang tolong buat kan… InsyaAllah

So idea yang pertama saya ini ialah menghasilkan produk.

Anda buat kan produk digital untuk apa sahaja… macam saya sendiri, saya buat panduan buat blog kan. So korang pun boleh try buat panduan yang lain juga berdasarkan kelebihan korang.

Antaranya, mungkin seperti panduan memasak

No. 2 – Jual Produk Orang Lain / Affiliate Marketing

Kalau di no 1, kita kena buat produk sendiri. Tapi mungkin ada yang malas nak buat sendiri, atau nak deal dengan customer semua. Di no 2, ianya lebih mudah. Kita hanya perlu tolong jualkan produk mereka ni sahaja. Atau, JOIN AFFILIATE dalam istilah yang biasa digunakan..

Untuk dapatkan produk produk yang boleh dijual ni, ada banyak tempat. Contohnya, CLIKBANK untuk pasaran luar negara, KLIKJER untuk Malaysia bagi produk digital.

Produk fizikal pula, boleh join affiliate dari Amazon dan Lazada…

Kalau nak jual ecourse pun boleh juga, boleh ambil di Udemy and jual…

Senarai website yang sediakan program affiliate ni sangat banyak. InsyaAllah korang akan jumpa. Kalau tak jumpa juga. tinggalkan komen, saya akan tengok macam betul ke tak tiada

No. 3 – Services atau Freelance

Anda juga boleh buat kerja kerja freelance di Intenet ni, hanya perlu pasarkan diri anda di blog. Atau pun, join terus website website utama yang memang beri focus pada kerja kerja freelance ni.

Contoh macam:

  • Fiverr
  • Upworks yang dulu, namanya Odeks
  • com
  • Peopleperhour
  • https://www.freelancing.my/ pula untuk focus market di Malaysia ( baru kot lagi website ni, saya baru perasan masa buat artikel ni )

Antara services freelance yang paling paling popular dan paling banyak permintaan ialah

  • Buat artikel dalam bahasa inggeris
  • Artikel bahasa melayu pun ada permintaan nya juga
  • Designing gambar ke apa…banner ke apa…
  • Website code problem gitu…
  • Website SEO
  • Data entry ( macam kumpul data gitu )
  • Translater
  • Mobile app development

Dan macam macam lagi…

No.4 – Blogging

Dengan blogging juga anda boleh buat duit. Sebut pasal blogging pun dah macam lebih dari 8 9 jenis cara buat duit yang anda boleh buat. No. 1 kita, no 2, dan no 3 di atas di pun, cara pemasarannya menggunakan blog.

Sekarang ni, saya lebih kepada expose kan apa cara yang anda boleh dapatkan duit. Di bawah nanti, saya kongsikan cara marketkan produk dan cari customer pula secara online pula…

Ada blog sendiri juga diibaratkan sebagai brand platform anda sendiri. Kiranya orang akan lebih kenal yang kita ni lebih serius dengan perniagaan kita dengan anda nya blog.

No. 5 – Join Google Adsense

Cara buat duit dengan Google Adsense ni memang sangat popular. Sejak dulu lagi pun dah ada. Cuma sampai sekarang ni, macam dah senyap sikit. Tp, padahal orang yang buat duit terus makin lama makin banyak..

Cara nya mudah ( ye ke mudah ):

Step 1 – anda apply dengan google Adsense

Step 2 – kalau approve, boleh copy code iklan dari adsense dan letakkan di blog anda

Step 3 – dan kalau orang KLIK iklan tersebut, anda akan dapat duit. Dalam dolar

Kalau tak lepas dengan Google Adsense anda boleh try yang lain..

Seperti contoh :

  • propellerads
  • bidvertiser
  • media.et
  • chitika
  • infolinks
  • popads
  • nufnang ( malaysia punya ni )

No. 6 – Ada YouTube Channel

Rasanya ramai juga yang dah tau kan, setiap kali anda buat blog dan upload di Youtube, kalau lepas kan dia punya requirementnya, anda boleh buat duit.

Kalau tak silap, mesti ada 10 000 views dan 1000 subsribers baru boleh join pengiklanan di Youtube.

Buat duit guna youtube ni pun antara cabang Google Adsense juga.

No. 7 – Import Barang Dari China

Rasanya benda ni pun antara yang popular juga. oh ya, setiap cara buat duit yang saya senaraikan dalam artikel ni bukan semuanya saya tahu ya. Bah kan, mana yang saya tahu tu sangat sedikit. Tapi cukup lah untuk income perut saya. So mana yang saya tak tau dan tak jelas cara nak buat duit dengan nya, saya akan rujuk kan kepada mereka yang saya sendiri kenal.. OK?

Contoh macam niaga barang dari China ni, saya tak reti, tapi ada sorang saudara ni saya nampak dia memang active betul buat benda ni dan ajar pada orang lain. nanti saya akan listkan siapa yang boleh bantu di bawah…

No. 8 – Domain Dan Website Flip

Ini mungkin advance sikit lah. Cara buat duit nya ialah, kita beli domain dan jual dengan harga yang lebih mahal sikit. Contoh nya macam domain yang branding power power..

Contoh macam bawah ni..

Yang website pula, biasa orang akan jual website yang sudah disiap setup. Atau pun website yang sudah dapat earning bulanan. Biasanya 5x hingga 10x ganda dari income bulanan. Seperti contoh, katakan ada website income 1000 ringgit sebulan. So saya boleh jual dalam 5000 hingga 10 000 hengget. Tapi itu tak semua branding nya. Sebab harga branding ni mungkin akan buatkan harga website atau perniagaan tu lagi tinggi nilai nya…

Nak senang cerita, anda boleh tengok website flippa.com. ini marketplace untuk jual beli domain dan website yang saya maksudkan flipping2 ni.. ada lagi yang lain, Flippa antara yang popular juga lah..

Untuk kategori cara buat duit yang seterusnya ni, mungkin se akan sama dengan jenis cara buat duit di atas. Tapi saya tetap senaraikan juga, sebab mungkin kategori sama, tapi dari segi product variety mungkin sedikit sebanyak boleh bantu pencerahan cara niaga online ni..

Kalau mana mana cara buat duit yang tak jelas, tinggalkan komen dan saya akan bagi lebih detail ya kalau saya tahu….

No 9 – Nak Jual Gambar Pun Boleh….

No 10 – Jadi Tutor, Boleh Join Di Udemy…

Sekali lagi saya daripada ayat di atas, untuk Udemy ni selain boleh jadi tutor di Udemy, anda juga boleh join affiliate oleh Udemy. So boleh tolong jual ecourse punya lah beribu ditawarkan..

Untuk kongsikan semua benda yang kita boleh duit secara online ni memang berlambak. Untuk sekarang, cukup lah sekarang 10 ini dahulu. Sekarang saya nak kongsikan cara buat duit yang saya tak suka, dan menyampah betul rasanya kalau orang orang kita ni join…

No. 1 – Buat Duit Dengan Menjawab Survey….

Ni lah..adoi..kesiannya rasa. Memang la boleh dapat juga duit. Tapi cantik lah sangat kalau kita ada brand atau usaha yang lebih ke arah yang lebih baik income nya. Kalau sekadar jawab survey ni..erm bagi saya tak perlu lah..

No. 2 – Derma Dapat Duit?

Ini lagi satu hal..ada saya perasan haritu. Facebook pun banyak, dari wasap ke wasap pun banyak. Kononnya, derma 10 ringgit.

Lepas tu kita cari orang bawah lagi 5 orang.

Orang yang 5 orang cari lagi 5 orang.

Macam ni pun nak buat duit? Adoi..kesian lah..punya la senang orang kita ni kena kencing. Tau tak, biasanya, diorang yang game kita buat benda ni orang dari US tau. Orang putih yang buat sistem ni. Kepalanya orang putih. Kita pula duk buat. Bila di marah, alah tak apa lah. Diorang buat pun, margin keuntungan kita masih lagi ada kan..

10 hengget, tolak 1 ringgit, 9 ringgit dapat kat kita..

Kalau 10 orang buat, 90 lah kita dapat..

Tapi halal ke tak tu yob? Tak halal tau… saya bukan nak marah kan orang putih tu buat benda mcm ni. Tapi benda yang macam ni lah buatkan kita lagi teruk bila berada di akhir zaman ni. Benda nampak simple, tapi benda yang simple ni lah yang merobek ummah kita. Tengok berapa ramai orang gaduh kat facebook pasal benda ni? Kesian tau..

No. 3 – MLM yang Tak Utamakan Produk

Ini pun satu hal juga. punya lah banyak sangat MLM yang dapat komisyen untuk orang atas. Tapi sangat sangat utamakan keuntungan daripada pendaftaran ahli baru sahaja.

Betul tak saya cakap?

Kalau tak nampak direct pun, tapi boleh la kita faham faham sama ada mana mana MLM tu utamakan keuntungan dari ahli baru ke tak..

HUKUM nya? HARAM..

Ada ustaz cakap. Tapi saya dah lupa source nya..kalau ada yang tanya, baru saya akan cari balik..

Saya bukan anti MLM. Tapi saya tak sokong juga.

Tapi yang paling saya kesalkan pasal benda benda macam ni lah. Kalau mana mana MLM tu lebih utamakan keuntungan dari pendaftaran ahli baru, bawa bawa lah cari cara buat duit lain…

No. 4 – Paid for searching and viewing the web

Memang ada tau, orang yang akan bayar korang, bila anda tolong view mana mana web dalam 1 minit ke berapa minit ke. Tolong buat carian apa apa ke.

Memang ada website yang buat, dan anda akan di bayar.

Faktor kena kencing ke tak, memang confirm lah ada kan. Saya pun tak pasti, mana website yang betul betul bayar. Tapi motifnya sekarang, tak payah la buat duit guna cara ni. SEBAB AWAK SEDANG MEMBUANG MASA…

Tengok pada 10 cara buat duit yang saya senaraikan di atas. Tu jauh lebih menguntungkan daripada awak jadi bahan orang lain…

The Summary

Sebelum kita tamat, untuk saya cover setiap jenis peluang yang ada, dan yang boleh kita buat duit ni memang sampai bila pun setel setel. Sebab terlampau banyak. Di internet ni, kadang kadang kita nampak satu benda pun dia tak cas kita. Dia tak minta bayaran pada kita, tapi kenapa orang tu sanggup buat? Sebab confirm mesti dapat duit punya, cuma source income itu pelbagai.

Ada yang secara direct income, ada yang tak. Atau pun, ada yang tak dapat sekarang ni, tapi nanti dapat kedebab seketul banyak..

So internet, kalau nak nilai apa yang cara yang boleh buat duit, memang payah..

Sebab semuanya bermula daripada IDEA. Asalkan ada idea, insyaAllah kita boleh tweak kan jadi source income anda.

So sekarang ni, apa kata korang share idea di bawah. Bagi saya, apa yang saya boleh fikirkan untuk jadikan sebagai income blogging.

Bagaimana?

Seterusnya, cara marketkan produk pula..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *