Cara Market/Jual Produk  – Medium Apa Nak Guna

Apa Yang Sedang Berlaku NI?

OK, dalam artikel yang lepas. Saya ada kongsikan cara untuk buat duit secara online. Artikel tu ada lebih kurang 10 cara untuk kita sama sama buat duit secara online. Tapi 10 cara ini saya kongsikan lebih kepada pencetus idea sahaja. Kiranya kepelbagaian cara untuk buat duit secara online. Kalau tahu sahaja idea, tapi tak ada orang beli tak guna juga kan.

So dalam artikel ni, saya kongsikan pula, cara untuk dapatkan pembeli. Atau pun cara untuk tarik pelawat ke produk atau servis yang kita cuba nak jual kan.

Dan yang pertama ialah….

Facebook

Facebook lah saya letak paling pertama ye tak. Bukan sebab facebook pasaran market yang paling menguntungkan. Tapi sebab ramai yang rasa macam ini sahaja satu satu cara nak jual produk. Untuk facebook ni, tak kesah lah. Ramai yang katakan kena buat pages khas untuk jual barang ke apa. Kalau nak profile kita guna friend friend dengan orang lain tu, setengah orang katakan tak sesuai.

Saya pun tak pasti, sebab saya memang tak arif langsung pasal perniagan menggunakan facebook ni..

Facebook Ads

Selain facebook pages yang kita duk buat tu. Rasanya sangat penting lah untuk kita guna Facebook Ads, sebab dengan facebook ads kita boleh target audience yang kita nak pasarkan produk. Kalau kita tak target kan guna Facebook ads rasanya kawan kawan, makcik makcik kita je lah yang nampak kan? No problem lah kalau produk yang kita pasarkan memang diorang guna..

Dan rasanya, kalau kita berniaga di Facebook, kawan kawan lah yang menjadi first buyer yang penting kan? Nak dapatkan testimoni semua.

Instagram dan Social Network yang lain

Saya tengok ada juga panduan buat duit atau cari traffik dari social network yang ada selain dari facebook, contoh macam Instagram. Kalau tak silap nama produk tu, Instagram Kaboom kot. Tak kesah lah, so Instagram boleh juga digunakan untuk dapatkan traffik.

Twitter

Reddit

Pinterest

Linkedin

SEO / Blogging

SEO adalah tindakan yang kita buat pada website supaya ranking tinggi di Google. Dan bila tinggi di Google, page pertama. Maka ramai lah yang masuk ke website kita.

SEO ini kena ada blog. Kalau harapkan social network macam Facebook dan Instagram, bukan lah susah atau tak boleh langsung nak ranking di page pertama. Tapi kerja anda akan jauh lebih mudah kalau gunakan atau set up website/blog.

Sebab Blog, terutamanya WordPress lebih mesra SEO daripada platform yang lain..

Google Adwords

Google adwords ni ibaratnya mencuri kelebihan dalam SEO. Normally SEO perlukan 3 bulan untuk anda stabil berada di ranking page pertama Google. Tapi Google Adwords kejap itu juga lah kan kalau kita punya iklan sudah approve. Apa apa pun, kena bayar lah kalau nak cepat..

*ada yang kata, SEO ni cara percuma untuk ranking di Google. Manakala Google Adwords ni cara berbayar, tak ada lah percuma sangat SEO ni. Sebab wordpress theme kena beli, plugin premium kena beli, CDN semua kena beli, hosting dan domain kena beli. Banyak je benda lain yang kena beli dan perlu di belanjankan.

Cuma, mungkin tak setiap kali kita nak dapatkan traffik berbanding dengan Google Adwords. Dengan Google Adwords, asalkan kita bayar, boleh la dapat traffik, tapi dengan SEO, tak macam tu…

SEO juga lebih kepada teknik dan skills kita.. Adwords pula, mungkin kena lebih sikit duit poket kita..

Apa apa pun, setiap marketing tu ada pro and contra. Yang penting, kita kena tahu bila nak gunakan nya…

Set Google For Business

Set Google For Business di Google Map pun boleh juga. power juga teknik ni. Sepatutnya setiap business physical di Malaysia buat benda ni. Baru senang kita pengguna ni nak mencari.

Sebab kalau harapan Google sendiri detect business kita di Map jadi lain nanti. Paling benci kedudukannya salah. Paling benci juga bila tak jumpa.

Contoh macam business listing untuk Dobi kebiasaannya. Bila cari di Google map tiada. Tapi kalau pusing pusing ada pula…

Youtube

Youtube ni tak payah royak la ye tak. So youtube, memang antara source yang utama juga.

Join Community

Join community ni maksud saya, dalam online ni akan ada macam macam platform yang orangnya memang ramai berkumpul di situ. Seperti contoh, FORUM
Forum ni antara teknik dapatkan traffik yang paling lama di dunia lah. Dari dulu lagi…

Masa zaman friendster dulu lah gitu.. tp lepas adanya platform platform lain, macam facebook, instagram. Rasanya orang dah tak berapa nak berforum sangat. Tapi sesetengah forum masih lagi kekal aktif. Seperti contoh yang saya tengok di top5anything ni.

Dan antaranya lowyat forum..

Masih lagi aktif kan..

Sampai sekarang, saya yakin FORUM masih lagi boleh dijadikan sebagai sumber dapatkan trafik untuk sesetengah produk kalau digunakan dengan betul, sebab banyak sangat orang yang spam forum..

Mungkin sebab pengaruh daripada nak jadikan forum ni backlink pada SEO blog diorang. Jangan macam tu, forum ni power sebab antara member tu akan saling berbalas balas tau. Macam facebook juga lah. Bila kita nak jual barang, kan ke peringkat pertama kita kena bagi pelanggan kenal kita dulu kan? So platform seperti forum adalah antara terbaik juga untuk sesetengah produk.

Email Marketing

Email marketing ni antara teknik lama lah. Kiranya, bila sudah dapat traffik dari Facebok ke Google ke, tak kesah apa source pun. Di blog kita ni mesti ada macam satu form untuk dapatkan email pelawat. Macam yang saya buat juga dekat certain area untuk blog saya ni.

Tujuannya supaya saya tak perlu lagi cari pelawat lagi lagi dan lagi. Hanya by email sahaja.

Lagipun dengan email ni buatkan pelawat dengan blogger lebih dekat..

Email marketing ni kena guna software atau tools berbayar. Yang popular dulu dulu macam aweber dan getresponse. Saya pernah guna dua dua ni, tapi rasa macam best pula dengan converkit.

So saya guna convertkit sekarang…

Whatapps

Kalau bisnes orang melayu, kalau tak guna whatapps idok le ye dok. Rasanya semua negara pun macam ni kot. So whatapps memang antara perantara paling mudah kita dengan customer atau dengan sapa sapa pun.

Telegram

Selain whatapps, telegram pun macam ok juga. rasanya whatapps hanya akan load mesej apa yang baru dihantar. Banding dengan telegram, rasanya dia akan load semua post kot. Dan juga boleh buat macam satu pin post. Bagus juga telegram ni..

Affiliate Platform

Kalau udah ada produk sendiri. Boleh la pasang kan sistem affiliate anda. Jadi tak perlula susah susah untuk usahakan cari pelawat. Tunggu je askar askar macam kami carikan anda pelawat atau pun pembeli. Orait ke? Murah je nak pasang ni..

Facebook Custom Audiences

Pernah try? Saya tak pernah. Tapi rasanya dah terpopular sangat dah ni. insyaAllah saya nak try nanti.

Run A Contest / Giveaways

Ini best ni, kos pun tak ada la mahal mana. Ada je orang nak join. Bagus juga kalau produk baru nak naik, mula kan campain anda dengan ada kan contest ni.

Ok lah. Rasanya ada juga dalam 14 strategy untuk dapatkan pelawat dan pembeli dah ni. Kalau ikutkan ada banyak lagi idea yang kita boleh buat untuk dapatkan pelawat. Itu belum masuk lagi sub sub kategori untuk setiap cara di atas nun..

Untuk mula, anda tak perlu pun tahu semua benda awal awal. Cukup la focus pada yang satu satu dulu. Dan baru try dengan cara lain.

Baik lah, harapannya, korang dah tau cara untuk buat duit online. Korang juga dah tau cara untuk market produk, seperti yang saya kongsikan dalam artikel ni. Sekarang ni, lagi satu yang saya belum cerita. Iaitu, platform apa yang kita boleh guna untuk berniaga online ni..

Rasa rasanya macam dah nampak sikit kan? Facebook, website semua benda tu.

Di artikel, platform perniagaan online ni saya akan kongsikan serba detail apa yang berlaku.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *