Cara Saya Pilih Wordpres Themes

Untuk pilih themes memang bagi saya sendiri, bukan sesuatu yang senang. Itu rasa tak boleh, ini rasa tak boleh. Paling geram, bila dah beli yang premium dan rasa tak cantik pula. Sedangkan masa tengok kat page demo atau live preview themes cantik je.

Tapi bila dah install kat blog sendiri pula nampak tak lawo.

So macam mana nak buat ni?

Untuk saya sendiri memang ada beberapa idea yang saya setkan dalam otak dulu sebelum buat pilihan. Dan berikut adalah yang apa yang saya boleh kongsikan…

Cara Pertama – WordPress Theme Percuma

Install je mana yang cantik dan try activate, review à rinse and repeat..

Hah gitu… tapi pastikan ada beberapa artikel juga. baru nampak betul sikit..

Cara Kedua – Focus Pada Premium WordPress Themes

Sebelum buat pilihan, SETKAN MANA BENTUK YANG KORANG NAK DULU

  • nak dua sidebar ke
  • sidebar sebelah kanan ke
  • ada bahagian footer ke
  • ada ruangan leaderboard kat atas sekali ke
  • nak warna apa
  • dan sebagainya….

Seterusnya, baru saya akan follow dengan faktor faktor di bawah ni…

Mest Responsive Dan Mobile Friendly

rasanya, dah tak ada dah wordpress premium yang tak mobile friendly. Tapi, apa apa pun. Pastikan korang try juga, view theme tu dengan mobile/smartphone. Untuk pastikan betul betul menarik…

Preview…

Check For Browser Capability

Setengah theme nampak elok kalau di google chrome je. Kalau view by mozilaa firefox atau opera akan nampak hancur. So pastikan theme tu sesuai untuk semua browser. Atau seteruk teruk pun, nampak ok dengan Google Chrome, safari dan juga Mozila Firefox. Yang lain, pengguna tak berapa ramai.

Mesti Tulisan Yang Tak Besar Dan Kecil Sangat

Ini memang lah ya. Kalau saya sendiri, saya tak suka ambil tulisan yang kecil sangat. Memang banyak dah theme yang cantik saya tolak mentah mentah je bila tengok tulisan nya kecik kecik. Memang lah saya boleh edit tulisan bagi nampak lebih cantik. Tapi tak berapa reti sangat lah. Tapi memang boleh. Contoh macam theme dari MyThemeShop, antara theme provider popular juga ni.

Kalau dari MyThemeShop, untuk edit size tulisan nya mudah. Sebab memang dah ada function nya disediakan khas. Kalau tak ada, terutamanya theme yang free. Memang korang kena pergi kat editor. Dan godek godek satu satu.

Penggunaan Warna Tulisan Dengan Background

Ingat ya, bila kita buat blog. Bahagian yang paling penting. Dan paling yang diutamakan dalam SEO. Mahupun korang apply adsense sekalipun, ialah bahagian content.

Artikel korang tu. Benda yang korang baca sekarang ni kat blog saya. Bahagian ini lab yang penting. Bahagian ini lah yang kita nak persembahkan dekat pelawat. so, bahagian ini la yang kita kena jaga elok elok. Padan lah kalau korang tengok antara point point saya yang banyak ni, nampak macam lebih kepada nak menjaga pelawat supaya lebih mudah baca artikel atau view isi kandungan kita.

Itu sebab, saya cakap… kena jaga saiz tulisan

Mesti responsive, supaya bila view dekat mobile tak berterabur..

Begitu juga dengan faktor penggunaan warna background ni. Pastikan tulisan korang senang dinampak. Saya pernah tengok blogger sorang tu, warna tulisan dia warna hijau ke purple. Mak ai. Main suka hati je dia letak warna apa. Jenuh mata saya nak focus..

Kebanyakan kes, saya rasa kalau warna background ni putih memang sesuai lah. Tapi bila tengok blogger Adzril ni letak theme warna hitam hitam. Lagi pula digandingkan dengan warna title yang kuning kuning emas tu. Nampak stylo pula.. Tak kesah lah, yang penting, tulisan korang tu mesti nampak jelas.

Focus Pada Yang Simple Design But Still Attractive…

Tambah lagi kalau untuk permulaan blogging. Tak payah la nak cari design yang advance advance dulu. Korang focus pada simple design je. Kalau beli premium pun, tak perlu beli yang mahal gedabak. Dalam 100 hengget pun dah boleh dapat power…

Beli Dari Mereka Yang Sudah Establish Sahaja

Banyak sangat company yang buat wordpress themes ni yang dah establish. Kebiasaannya, mereka yang dah establish ni akan follow trend code terbaru. So speed dan performance themes pun akan jadi makin baik. Kalau company kecil, atau personal yang baru naik atau belajar buat themes ni, takut takut themes to tak OK pula kalau kita guna mana mana plugins..

support pun kadang kadang takut jadi slow, lewat reply dan sebagainya…

bukan nak fikir negative, tapi serius lah. Saya sendiri memang malas betul kalau nak deal dengan orang yang bagi support lambat. Contoh macam support dari VolThemes ni. Bukan takat support slow, malah saya pun rasa macam theme ni agak slow sikit.

Tapi saya ada buat survey sikit dekat pelawat blog saya. Rasanya boleh la kot

Dari data survey saya..

Total 103 response yang saya dapat. 65% kata speed laju. 3 orang je kata saya slow. Erm ok lah ni kot. Saya tengah dalam proses nak tukar server ni.

Oh ya, blog ini adalah Blog B. baca sini untuk ketahui apa ada hal dengan Blog B

Themes Yang Ready For SEO

Ingat ya. Theme ke, wordpress plugin ke. Yang menjadi penentu kekuatan SEO pada satu satu blog tu bukan software nya. Tapi pengetahuan anda sendiri. Kalau software SEO dah power, tapi tak reti nak apply. Tak guna juga.

Sama macam apa yang Vlogger Casey Neistat cakap. Kelengkapan ribu ribu camera, micrhopones. Bukan lah penentu orang akan tengok video kita. Tapi isi kandungan yang kita cuba nak sampaikan tu yang penting. Hah gitew..

SEO pun sama. Jadi, jangan lah bising sangat kalau dah pakai Yoast tapi tak ranking ranking juga. macam la dia sorang je yang pakai yoast yerk. Berlambak orang pakai. Tak akan semua nya Google nak taruh atas kan.

Walaubagaimanapun..

Cari theme yang ready for SEO ni memang membantu kita juga. sebab, kebiasaannya theme yang mesra SEO ni akan:

  1. lebih laju
  2. ada apply h1 tag yang betul – penting ni
  3. coding html dia pun tak serabut
  4. dan macam macam lagi lah.. yang pasti. Ok lah kalau korang cari themes yang seo ready ni

Testing Sebelum Beli…

Jarang lah..tapi ada lah juga theme theme yang premium ni, boleh kita guna dulu sebelum beli. Kiranya ada free version. So boleh la try try dulu kan..

Alert With DEMO LOOKS

Satu benda yang korang kena fikir bila tengok demo page theme tu cantik ialah, JANGAN INGAT THEME KORANG PUN AKAN JADI MCM TU. Kecuali kalau theme provider tu memang terang terang bagi tau korang boleh dapatkan bentuk sebiji macam demo.

Biasanya kalau boleh ni, diorang akan bagi satu file import untuk jadi sebijik macam demo looks ni.

Kalau tak ada, tapi korang nak juga. boleh cari kat fiverr. Memang ada service buat benda ni.

Baca elok elok dekat produk details ya

Check For Speed

Bila korang check speed dekat demo page, katakan speed rating A dari GTMetrix. Dan bila korang dah beli, habis 200 hengget. Bila nak check speed jadi C pula. Memang la lain sebab hosting pun dah lain. mungkin juga korang punya blog tu dah banyak artikel nak load pun akan jadi lain juga speednya.

Tapi, boleh la kita checking checking dulu sebelum beli. Kalau saya, saya akan guna tools dari GTMetrix dan juga pingdom..

Mudah Untuk Diedit + Ada Theme Options + Customize

Untuk function customize memang semua theme ada. Tapi kalau ada Theme Options macam yang mythemeshop buat lagi mudah. Kat sini adalah ruang untuk kita setting banyak benda. Nak sidebar ke kiri, nak set image favicon. Nak set saiz tulisan berapa.

Dan macam macam lagi lah…

Itu untuk mythemeshop, kalau elegant theme lain namanya. Lupa dah saya, tapi masih lagi ada function yang sama macam mythemeshop juga. Cuma control panel untuk themenya nama lain.

Last one…

Apa apa pun. Jangan la kesah sangat dengan theme yang tampak macam tak best. Lebih baik korang fikir kan benda lain macam isi kandungan, penyampaian. Motif blog dan semua semua ni dulu. Hah nak dapatkan traffik ke. Link building ke. Ini yang patut diutamakan dulu.

Baru lah fikir pasal theme yang nampak best dan cantik

Contoh macam Blog B. start theme yang saya guna satu tu. Lupa dah namanya. Adui, masa baru baru nampak cantik. Clean, bila dah lama lama memang macam hampeh. Berselerak. Lepas tu saya tukar guna Sanse. Nampak lah kemas sikit. Tapi slow yang amat sebab saya dah banyak kali outsourse. Dan kadang kadang nampak berterabur jugak.

Lepas tu, baru saya tukar guna salah satu dari volthemes. Baru lah nampak kemas sikit..

Walaupun still lagi rasa macam slow..tapi tak apa lah…

So, lebih baik focus benda lain dulu ya. Cacat sikit sikit tu normal lah. Asalkan nampak kemas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *