Hosting Terbaik Yang Saya Rasa

Saya ni, bukan lah jenis yang terlampau berusaha sangat untuk tukar tukar hosting supaya saya dapat jumpa hosting yang speed dan service nya POWER. Sejak dari dulu lagi macam tu, saya cuma sekadar beli apa yang orang kata dan guna sampai website tu saya malas update dan akhirnya expired..

Tapi, sejak kebelakangan ni. Rasa macam nak try pula bila saya tengok speed atau rate blog saya yang teruk sampai jadi F di GTMetrix. Blog ini ialah Blog B yang saya usahakan untuk dapatkan RM 1 000. Alhamdullillah, sejak dari bulan 4 2017 saya usahakan, sampai lah ke November 2018. Akhirnya berkaya…

Dan sekarang ni lebih kepada fasa nak maintain kan revenue, sebab masih lagi naik turun. Mungkin sebab tempias dari akhir tahun..

Lain cerita lah tu, sekarang ni saya nak kongsikan apa ciri ciri hosting yang saya suka. Dan Alhamdullillah, rasanya dah jumpa dah pun..

Reply Dengan Cepat Kalau Ada Problem

Dalam banyak banyak hosting yang saya guna yang pun tak berapa banyak. DataKL adalah yang paling cepat reply support. Kadang kadang tu saya email tengah pagi pun diorang reply juga. tak tau lah yang reply saya tu orang ke siapa. Saya bukan nak menangkan DataKL, semua hosting company ada pro dan contranya. Tak semestinya hosting yang satu ni power kat sini, tapi dia power juga kat tempat lain. dan tak semestinya dia tak power kat tempat lain, kita pula terus nak tinggalkan dia kan.

Yang pasti, saya sangat penting kan hosting yang reply support yang saya minta dengan cepat..

Speed Laju

Ini memang sudah pasti lah. Memang kita nak hosting yang laju. Laju tu bukan sekadar laju macam tu juga. tapi laju yang memang sudah tersiap sedia di setup. Maksud saya macam ni, salah satu kriteria untuk dapat kat website kita laju ialah dengan meletakkan expire headers, begitu juga dengan faktor lain seperti Keep Alive contoh. Dan macam macam lagi lah. Kalau ditanya satu satu, sumpah saya tak tau dan saya tak peduli.

Tapi yang pasti, boleh kata ada sesetengah kriteria seperti Keep Alive ni, Add Expired Headers ni, semua nya sudah pun di setup secara automatik oleh hosting company.

Maksudnya, kalau kita nak tengok speed website kita, benda ni sudah siap. Dah memang didatangkan sekali dari hosting. So ini dah jimat masa dan sangat memudahkan. Ada hosting macam ni tau, nanti saya tunjuk kat bawah…

Flexible Package

Biasa kan, kita nak beli package RM 100 contoh nya. Contoh, katakan RM 100 tu package A. Package B 150, dan seterus nya RM 200

Package A = RM 100

Package B = RM 150

Package C = RM 200

Dan tiba tiba, lepas bayar RM 100. Korang nak pula package RM 150. Agak agak kena bayar RM 150 atau RM 50 sahaja? Bergantung kepada hosting company tu sendiri. Untuk DataKL ia tiada masalah. Sangat flexible, kalau NameCheap pun flexbile, tapi dia kurang sikit. Mungkin contoh dalam RM 80 ke. Hah macam tu, tak penuh RM 150. Still OK lah kan..

Baik lah, kalau hosting company ni buat macam ni..

Package Yang Menarik

Confirm punya, kita mesti akan pasang beberapa domain dalam satu hosting. Jadi add on domain option sangat sangat lah perlu. Saya suka kalau bandwidth nya unlimited. Macam DataKL tak unlimited. So, memang malas nya saya nak upgrade. Lantas, memang tengah dalam proses berpindah ke hosting yang lain…

Server Uptime

Untuk masalah server uptime ni dalam banyak banyak hosting saya pernah try, hanya satu kali sahaja yang betul betul problem lah. Itu pun sebab dia upgrade system. So ada down sikit dalam 2 3 hari kot. Panas juga lah hati sebab diorang tak bagi tahu kan…

Tapi tak apa lah…

Ada Cpanel

Ini pun antara feature tiada masalah untuk anda jumpa. Sebab kebanyakan hosting company memang ada provide kan ni. Pengalaman saya, sekali je yang tiada cpanel. Saya tak sangka sebenarnya, ingatkan ada. So udah terbeli. Guna je lah..

Full Back up Run By Hosting Providers

Hah gitu.. selain daripada kita yang back up sendiri. Guna plugin ke, guna apa apa service luar yang lain ke. Ada juga hosting yang memang ada buat full back dekat penyewa nya..

Bagi saya, ini feature paling bagus lah. Memandangkan saya memang malas nak buat back up.

Ada support Live Chat

Hostgator memang ada live chat. Tapi nak tunggu live chat tu start chat pun makan masa 15 minit. Kadang kadang saya sendiri terlupa sebab tengah tunggu chat support dari dia… untuk Malaysian, saya tak rasa support jenis ini diperluaskan lagi. Macam DATAKL, tak perlu kot live chat. Sebab support email dah balas dengan laju

Kalau nak ikutkan, memang banyak lagi lah pantang pantang lain yang orang lain nak hosting company berikan. Untuk saya sendiri, yang ini sahaja lah sudah cukup…

Contoh lain, mungkin syarat syarat yang advance sikit, anda boleh rujuk di HongKiat ni.. Ada syarat syarat hosting company yang saya sendiri tak pernah dengar pun.. artikel dari Vodien ni pun sama.

Oh ya, hasil dari tengok list Vodien, saya lupa satu lagi faktor, iaitu Security

Dulu masa website saya kena hack berkali kali kan. Hostgator cakap, OK untuk permulaan ini kami tak cas. Tapi lepas ini, kami akan cas katanya. Kalau tak silap dia ada cakap, hack ke tak kena hack ni bukan sebab hosting, lebih kepada tanggungjawab kita penyewa sebab bagi lubang untuk dihack.

Erm saya pun tak pasti. Memang betul lah, kita punya tanggungjawab. Tapi rasanya hosting company pun ada Wall diorang sendiri. Apa apa pun, saya dah tak join Hostgator dah, selepas bertahun tahun dengan buaya ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *