Looking for Mentor! Kenal tak 15 Orang NI??

Bila nak berniaga ONLINE, atau nak faham salah sila nya.

Yang terbaik, yang tercepat adalah anda mempunyai mentor atau coach anda sendiri. Yang UTAMA..

Follow je apa yang dia suruh. Ikut je apa yang dia sarankan.

InsyaAllah akan berjaya..

Sebab yang jadi masalah, bila anda terlampau banyak mentor. Dan bila terlampau banyak mentor, terlampau banyak orang nak ikut, lastnya jadi kerja tak setel.

Contoh, katakan anda subscribe email list dari mentor sampai 10 orang. Agak agak nak follow yang mana satu? Atau satu pun anda tak follow ?

Sebab memang akan jadi payah.


Contoh

Mentor 1 – disuruhnya buat A

Mentor 2 – Mentor 2, tak suruh buat A, terus buat B..

Mentor 3 – A pun tak buat, B pun tak buat. Terus kepada C


Motifnya sekarang, setiap Mentor punyai approach yang berbeza. Kalau setiap orang anda nak follow, memang akan jadi celaru. Sebab kebiasaannya, bila anda sign up mana mana email form, mereka akan jalurkan anda pada satu talian untuk ‘memahami sesuatu’..

Dan bila pertalian pengetahuan ini ada yang anda skip, ini yang buatkan process pembelajaran tu bercelaru.

So, follow  satu satu Mentor dahulu. Atau pun, mungkin follow dalam 2 3 mentor. Jangan banyak sangat, follow apa yang diorang rekemen kan.

Nanti bila dah cerdik sikit. Atau pun, dah mula dapat income sikit sikit. Baru lah cari Mentor yang lain. Sebab dah boleh bawa diri dah kan? Nanti insyaAllah anda akan mula lebih jelas, selok belok perniagaan yang anda buat.


Seperti contoh dalam SEO sendiri..bidang yang saya buat

Anda tahu antara pakar SEO yang sangat sangat dikenali dan yang paling saya follow ialah:

Rank Fishkin dari Moz – rasanya tak perlu kenalkan lagi siapa dia ni..

Brian Dean dari BACKLINKO – rasanya tak perlu kenalkan lagi siapa dia ni..

Neil Patel – India, kalau pergi mana mana pun mesti ada yang power. Termasuk juga lah dalam Online Marketing ni, Neil Patel adalah antaranya juga. Yang bestnya Neil Patel ni selalu kongsikan maklumat rahsia/case study yang jarang small bisnes owner macam ni boleh tahu kalau tak bayar..

Ann Smarty – satu satu pempuan yang saya follow dalam SEO. dari segi skills, saya tak lah follow atau rasa kagum sangat. tapi tengok tengok juga lah. bisnes dia my blog guest kalau tak silap, kena hentam teruk dengan SEO Algo dalam bebrapa tahun yang lepas.

Danny Sullivan – rasanya dia ni kerja dengan Google dah sekarang ni. saya tak follow dia ni sangat sebenarnya. tapi duk perahi juga lah post post baru dia..

Aaron Wall – kalau tak silap saya lah. Mungkin di mata saya sahaja lah kot. Masa start start dunia SEO dulu, antara company yang meletup ialah SEO Moz dan juga SEOBOok. Dua company ni memang yang saya follow sangat sangat…

Distilled – ini bukan orang, tapi satu satu compny seo services yang saya follow. Best juga…

KISSMetrics pun best juga. artikel artikel nya mudah faham dan sangat menarik. Tak ramai seo blogger cover apa yang kissmetric cover di blog… lagi pun diorang ada buat video juga, so lebih mudah nak faham. Oh ya, rasanya video dari kissmetric macam dah lama sangat diorang tak buat dah..

Spencer Haws – Spencer dulu bukan lah orang yang saya follow sangat. Saya cuma ada beli produk keyword research tool dia. Tapi sekarang tak guna dah. Dulu Spencer ni guna grey hat dan black hat SEO. Tapi sekarang, mungkin sejak 2 tahun lepas rasanya. Dia dah mula beri focus pada WhiteHat SEO pula..

Pat Flynn – dia ni memang cerdik. Saya ada pernah tengok satu website dia setup punya lah cantik memang level level gila gila punya. Kiranya website case study lah, daripada langsung tak ada duit. Kepada ribuan dollar setiap bulan. Dan final nya, website tu sangat untung, dengan design yang memang power. Kagum saya tengok macam mana dia boleh fikir macam tu sekali.. dan ya, memang saya follow Pat dengan hati senang, walaupun kadang kadang meluat dengan cara dia buat video di youtube dengan lawak lawak yang tak jadi..

Robbie Richards – dia ni saya tak rasa expert atau pakar atau invented mana mana strategy SEO kot. Tapi dia sangat follow skills yang diajar oleh Brian Dean dari Backlinko. So saya pun follow je lah dengan dia ni. Dan dia pun, tak kedekut untuk reply email saya andai kata saya ada problem..

Cara dia buat artikel pun, sedetail yang macam Neil Patel buat..so bagus kan?

Point Blank SEO – Saya pernah beli produk SEO dia ni dulu, tapi saya minta duit balik sebab rasa tak puas hati. Namun, sampai sekarang saya rasa nyesal. Huhu..

Sebab panduan dia memang OK. Cuma salah saya…tapi sampai sekarang, memang saya ada juga rujuk rujuk baca artikel dia blog dia..


SEO EXPERT Yang saya tak suka..

Joost de Valk – macam orang German kan nama dia. Yang pasti, dia adalah owner SEO Yoast. Saya tak berapa gemar geng geng diorang ni..


SEO Mentor Yang Saya Tak Follow Tapi Nk Follow

Avinash Kaushik – dia ni kerja dengan Google. Artikel nya semua advance advance. Tapi cara penulisan nya agak bosan. Tak ada grafik2 menarik yang macam Neil Patel biasa buat. So agak malas untuk saya beri focus. Tapi in future saya mungkin terpaksa tengok juga.

Kalau anda perasan cara tulis Matt Cuts pun macam ni. Bosan je cara tulis di blog nya. Mungkin sebab duit gaji Google dah banyak kot. Jadi tak perlu lah nak buat duit online sangat.

IpullRank – baru kenal ni, banyak juga artikel menarik…

Dharmesh Shah dari Hubspot – hubpost, memang banyak artikel menarik. Tapi saya tak sempat nak baca lagi.. saya pun baru tau owner nya Indian..


BERDASARKAN SETIAP HUJAHAN YANG SAYA TULIS UNTUK SETIAP SEO EXPERT DI ATAS, APA YANG ANDA BOLEH FAHAM?

Saya boleh tulis macam tu, sebab saya jelas akan angle apa yang saya boleh korek ilmu daripada diorang diorang ni. Setiap mentor tu, mungkin cara nya tak sama. Tapi tak bermakna salah. Contoh macam Brian Dean, mana ada dia beri focus pada buat artikel banyak banyak tau.

Neil patel pula, lebih macam suruh buat banyak banyak. Tapi tak pernah bagi tahu berkali kali, tapi saya perasan, cara dia tu macam suruh buat banyak banyak.

Dan bila saya renung renung, dan dengan pula pengalaman saya dengan Blog A dan Blog B, ternyata untuk market di Malaysia, beberapa cara yang dikongsikan oleh Brian Dean ternyata ada yang tak menjadi…

SUMMARYNYA – saya hanya pick untuk practise yang menjadi sahaja untuk saya kongsikan pada kawan kawan kita di Malaysia ni…


Adakah Perlu Bayar Mentor?

Ofcourse…memang lah. Itu dah periuk nasi dia (saya)… tapi tau tak kelebihan yang paling utama bila anda bayar dia?

Proses pembelajaran akan jadi lebih cepat..learning curve tu lebih mudah…

Seperti contoh lagi yang saya boleh bagi, katakan dalam SEO lagi…

Tau tak apa ciri ciri website yang mudah untuk diranking berbanding dengan yang tidak?

Kalau nak ranking mana mana keyword pula berapa lama?

Berapa banyak perlu buat backlink untuk ranking satu satu keyword?

Berapa jumlah perkataan dalam satu artikel?

Soalan soalan macam ni, siapa yang boleh jawab kalau bukan Mentor anda sendiri. Soalan soalan ini siapa yang boleh jawab kalau mereka yang memang pun sudah ada pengalaman ranking page pertama di Google?

So, anda bayar. Supaya dapat pengetahuan ini cepat.. benda ni, kalau nak tahu, ambil masa setahun dua tahun baru boleh faham. Tapi sebab kan anda bayar, boleh faham dan tahu dalam tempoh 2 hari sahaja. Itu pun kalau mentor anda cerita.

Nak JOIN MENTORING SEO KICK STARTS SAYA?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *