Platform Perniagaan Online

Sebelum ni saya ada kongsikan 10 cara untuk buat online. Saya juga ada kongsikan cara untuk dapatkan traffik juga di, cara untuk market produk secara online. Harap korang faham lah penjelasan saya tu.

Sebab dalam artikel ni, saya nak lengkap kan lagi satu yang kita patut ada untuk berniaga secara online ni.

Kalau saya boleh bezakan dengan jualan fizikal. 10 cara buat duit tu, mungkin anda akan jumpa idea untuk buka kedai runcit. Untuk market produk pula, mungkin kita boleh dapat pembeli daripada orang yang lalu lalang di jalan raya nun. Dan platform untuk niaga pula mungkin tapak kedai yang nak dibina.

So lebih kurang lah kan.

Untuk berniaga online, ada dua platform yang antara yang paling popular dan paling ramai orang guna. Iaitu Facebook dan juga Blog atau website…

Facebook VS Blog

Facebook, tak kesah lah sama ada korang gunakan facebook page ke, atau facebook personal tu ke. Ia sememangnya free. Banding dengan blog atau website. Ia nya berbayar. Tak mahal pun. RM 82 sahaja dengan Namecheap untuk tahun pertama. Siap dapat HTTPS lagi..

Memang lah ada blog percuma, macam blogspot dan wordpress.com. tapi sangat sangat lah berbaloi kalau korang dapat kan yang berbayar atau lebih tepatnya lagi setup self hosted wordpress sendiri.

WordPress yang saya maksud kan ialah wordpress.org ya, bukan wordpress.com. wordpress.com yang macam blogspot. Bila setup blog percuma ni, nanti nama domain korang akan jadi macam ni:

Namadomainkorang.blogspot.com atau pun

Namadomainkorang.wordpress.com

Tapi kalau setup selfhosted wordpress sendiri dengan membeli dan menyewa hosting boleh la dapatkan namadomainkorang.com atau dot org ke apa..

Actually, boleh je kalau setup namadomainkorang.com dengan blogspot atau blogger.com sendiri. Kiranya hosting pun korang guna dari blogger.com

Tapi ia sangat limited. Option atau function yang korang dapat tak sepower wordpress.org

Ini dia artikel, saya kongsikan blogger.com vs wordpress.org

Selain dari blog dan facebook apa lagi yang orang lain guna? Erm Instagram lah kot. Saya ni sebenarnya tau guna blog je. Facebook tak berapa reti guna. Setakat scroll tengok bisnes orang boleh lah. So, saya tak berapa reti guna sangat. Tapi kalau blog wordpress ni, insyaAllah. Boleh la juga..

So facebook tak tau guna, apatah lagi IG. Saya pun baru tau IG ni boleh buat live live juga. IG akaun pun saya tak ada.

So lagi apa ya..facebook, blog, ig… erm itu je lah

Bai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *