Cara Nak Pilih Topik Blog Apa Yang Menguntungkan

Topik atau Niche yang menguntungkan ni berbeza dengan mengikut market. Kalau market kita Malaysia, memang tak berapa sangat. Banding dengan market US atau orang putih atau worldwide, kadang kadang jual sangkar burung pun untung ribu ribu. Contoh macam panduan ajar buat reban ayam oleh orang putih ni, http://www.buildingachickencoop.com/

Kalau di market kita agak agak laku tak? Ini bukan nak ngutuk ke perli ke apa tau. Tapi ini adalah market. Kita tak boleh nak jual atau perdagangkan benda yang tak laku pada market yang salah. Itu pun kalau nak berniaga di market Malaysia lah. Atau lebih tepat nya, kalau nak pilih niche blogging untuk pasaran kita.

So, niche yang saya senaraikan di bawah memang confirm (insyaAllah) boleh buat duit, kalau marketshare nya pasaran luar. Di Malaysia, korang kena tengok satu benda lagi yang saya kongsikan dalam video di WP Kick Starts. Video tu, korang boleh access terus dari sini atau pun di link bawah artikel ni yang saya letakkan juga.

  1. Travel
  2. Pregnancy
  3. Baby
  4. Parenting
  5. Health
  6. Make money
  7. Cari kerja / kerjaya
  8. Artist/gosip/benda benda viral
  9. How to artikel / panduan ( panduan betulkan air kon ) / DIY
  10. Politik
  11. Recipes/panduan masak
  12. Self development / sharing
  13. Reviews
  14. Berita terkini/upcoming events
  15. Benda lawak
  16. Technology latest update / gadget

Step Nya Adalah…

Step 1

Cuba senaraikan beberapa topik atau niche yang korang minat dahulu. Mungkin dalam 4 atau 5 untuk kita cuba nilai.

Step 2

Daripada list 4 atau 5 tu yang anda suka ni. Cuba kurang kan lagi pilihan kepada 1 atau 2 ke. Untuk kita buat penilaian samada niche yang kita nak pilih nanti menguntungkan atau tidak.

Faktor bukan sekadar minat, tapi passionate

Step 3

so sekarang, daripada 4 atau 5, kita dah kurangkan jadi 1 atau 2. Di step ke tiga ni, kita akan cuba nilai topik antara 1 atau 2 ni. Mana yang lebih berbaloi untuk dijadikan topik blogging.

Antara faktor yang boleh mempengaruhi pemilihan sesuatu topik ialah:

  1. anda betul betul minat dengan topik ini
  2. ada pasaran atau permintaan yang tinggi – kita akan gunakan tool yang saya ajarkan dalam video
  3. sama ada kita boleh keluarkan produk sendiri atau ada produk orang lain yang kita jumpa dan boleh jual kan – tengok juga margin keuntungan berapa
  4. niche yang dipilih mestilah specific dan jangan campur aduk

Step 4

Cara Nak Brainstorm Keyword Yang Lebih Specific

  1. guna otak sendiri
  2. guna keywordrevealer
  3. guna google

Step 5

Boleh la buat pilihan.. Jangan lupa, dari sehari ke sehari, cuba fikirkan apa lagi yang kita boleh cuba jualkan di blog. atau apa apa kaedah untuk dapatkan keuntungan. nanti saya akan kongsikan cara buat duit dengan blog pula. so kita akan pergi topik blogging ni lebih specific lepas ni.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *