WordPress.ORG VS Blogger.COM

Bagi saya sendiri

Yang terbaik adalah guna selfhosted blog sendiri. Jangan guna blogger.com. apatah lagi kalau guna yang percuma dot blogspot tu.

Memang ia mudah, nampak senang. Ada nampak bahagian untuk post, publish artikel siap.

Security tak perlu fikir sangat, hosting speed tak perlu tengok tengok kan. Nampak memang macam memudahkan. Tapi sebenarnya ia menghadkan prestasi atau kelebihan anda sebagai blog owner.

Kalau guna selfhosted blog wordpress sendiri ni, korang boleh buat dan dapatkan data macam macam. Jangan risau pasal coding skills semua. Benda tu tak sesusah yang disangka.. ada je panduan untuk yang total beginner. Saya sendiri pun bukan reti sangat pun.

1 Benda Yang Paling WordPress.Org Merana

Saya rasa, satu perkara yang wordpress.org paling susah nak cover bila dah setup blog selfhosted sendiri ialah SECURITY. Sebab semuanya blogger.com dah setel kan. Atau pun semuanya Google dah setelkan, sebab blogger.com ni produk Google juga.

Itu je. Security. korang tak perlu risau akan kena hack. Sebab blogger dah tolong jaga.

Banding dengna wordpress.org, selfhosted blog memang kena usaha sendiri sikit.. tapi ada lah caranya. Cuma nak bagi tahu itu lah. Security lah paling nampak bermasalah sekali bila dah guna selfhosted blog ni..

Selain daripada SECURITY, saya boleh kata semua kelebihan lebih kepada berpihak ke selfhosted blog.

Antaranya…

Memang Korang Punya Sendiri – Ownership

Banding dengan blogger.com. walaupun korang dah bayar pun. Benda ni masih lagi nampak sangat kepunyaan blogger.com sendiri. Lagi lagi pula kalau kita tengok kan betapa banyak nya function dan kelebihan yang ada pada wordpress.org. ( nanti saya kongsikan di bawah )

So sebabkan wordpress.org ownership ni lebih, so korang boleh la buat apa benda pun dekat blog korang. Nak jadi kan itu ke nak jadikan ini ke bukan satu masalah..

Banding dengan blogger yang sangat limited.

Speed

Speed, nak lagi laju dengan blogger.com saya rasa mungkin masih lagi limited pada apa yang korang ada sahaja. Banding dengan wordpress korang boleh lagi tukar tukar hosting company. Punya la banyak pilihan dengan macam macam harga yang ada.

Support dan Update

Blogger ni, saya rasa apa yang korang tengok sekarang, adalah semacam 10 tahun yang dulu juga. sama je. Tak ada update yang crucial yang macam wordpress.org buat.

WordPress.org ni dia bukan kepunyaan satu satu orang je banding dengan blogger.com. wordpress ni adalah gabungan daripada ramai orang, dan ia nya open source. Sapa sapa pun boleh edit lah kot.

Update? memang tersangat update. Tengok ni, https://wordpress.org/news/category/releases/

Boleh kata setiap bulan, akan ada 4 kali updatenya.

Kalau tak silap saya, saya pernah terbaca sebelum ni. Lupa dah saya kat baca kat mana. Tapi artikel tu bagi tahu. Version wordpres ni bila dia update. akan ada kecik dengan besar. Yang kecik tu mungkin yang simple simple je. Tapi yang besar tu mungkin melibatkan function yang lebih penting macam security contohnya. Mungkin boleh rujuk website firstsiteguide ni lebih detail.

WordPress Plugin

Dalam banyak banyak kelebihan yang ada dengan wordpress. Plugin lah yang buatkan paling ramai orang suka. Sebab kan wordpress ni open source. Jadi siapa siapa pun boleh buatkan plugin untuk kita semua.

Apa itu plugin?

Plugin ni macam satu tool atau software tambahan yang korang nak pasang dengan blog. Contoh macam, nak detect kat mana orang klik ke. Nak rekod video apa pelawat korang buat dekat blog sendiri pun boleh. Nak setup web ecommerce pun jadi mudah.

Nak buat sistem booking macam booking.com pun bukan satu masalah..

Boleh kata, apa sahaja function yang korang nak. InsyaAllah ada. Cuma berjaya cari ke tak je..

WordPress Theme

Lebih kurang macam plugin juga. sebab kan ia nya open source. Jadi terlampau banyak pilihan wordpress theme yang ada.

Antara yang banyak orang cari ialah theme seperti:

Bentuk megazine

Creative design

Clean

Profesional look

Blogging…dan macam macam lagi lah..

Last word terus lah..

Memandangkan saya pun tak rasa perlu sangat lah saya yakin korang kenapa perlu guna selfhosted blog ni. Jadi saya nak tamatkan disini sahaja. Tapi sebelum tu.

Cuba fikir, blogger ni milik Google. Korang pun tahu, selain dari blogger.com. Google ada macam macam produk yang besar besar lain yang diorang ada, tapi dah ditamatkan perkhidmatannya.

Antaranya,

Feedburner – dulu, boleh kata siapa yang ada blog. Mesti akan buat step ni. Tapi sekarang feedburner dah macam tak update lama dah. Even Syed Balkhi, owner wordpressbeginner juga sarankan, jangan gunakan feedburner dah.

Google Reader – saya tak pernah guna Google Reader ni. Tapi bila time sekarang ni, baca baca balik function Google Reader ni, bagus juga. tapi sekarang?

Ya, Google Reader pun dah stop..

Rasanya, ada lagi 1 2 produk Google yang besar. Tapi Google selamba je stop. So agak agak blogger.com pun diorang akan stop tak? Confirm lah tak kot. Sebab diorang akan gunakan data yang kita duk guna dalam blog tu untuk SEO juga. so mungkin, salah satu cara untuk diorang faham behavior pelawat atau trafic dengan memiliki kesemua hak termasuk lah hosting segala.

Tapi itu lah.. macam yang saya bagi tahu atas tadi. Apa yang korang nampak kat blogger tu, adalah yang semacam 10 tahun yang dulu juga. tak ada major update sangat.

Banding dengan wordpress. Erm..ce tengok video bawah ni jap..ini adalah overtime transformation dari 2003 sampai ke 2017. Menarik kan..

ini lagi satu artikel menarik..

http://www.wpbeginner.com/news/the-history-of-wordpress/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *