WordPress Plugins Wajib Install

Plugins yang saya senaraikan di bawah ni adalah antara yang saya guna. Ada juga plugins yang saya tak guna, tapi sangat bagus untuk feature di blog korang. So memang banyak lah. Baca slow slow dan tengok mana satu plugins yang relate dengan bisnes korang..

SEO

All in SEO Pack

Plugin untuk SEO ni, saya biasa guna yang Yoast SEO ( saya akan review di bawah ). So untuk all in seo pack ni masih lagi tak berapa reti. InsyaAllah di masa akan datang, saya akan try dan cuba cuba bandingkan dengan function yang ada pada Yoast SEO. Tapi plugin ni memang antara yang top juga, pilihan ramai..

Yoast SEO

Yoast ni saya rasa antara yang paling top dan yang paling ramai orang guna kan. Tengok kan pada wordpres plugin download summary, lebih 5 juta orang yang download. Sedangkan All in SEO Pack dalam 3 juta.

Yoast SEO juga lebih ramai active reviewers berbanding dengan All in SEO Pack yang hanya dalam ta sampai 500 pun. Sedangkan Yoast SEO sudah cecah lebih 17 ribu orang yang tinggal review 5 star

Google XML Sitemap

Sitemap ni gunya untuk menunjukkan pada Google yang aturan isi kandungan blog ini nampak teratur. So Google sangat sarankan untuk install Sitemap. Dan antara yang terbaik adalah plugin yang ni Google XML Sitemap

Tapi kalau dah install Yoast SEO, tak perlu install Sitemap, sebab yoast memang sudah ada function sitemap ni.

**nak tau, dulu, rasanya dalam 2 atau 3 tahun lepas. Mungkin dalam tahun 2015 atau 2016 gitu, ada sorang india ni kalau tak silap. Dia dapat jual 1 website dia tinggi juga harganya. Saya lupa dah berapa. Yang pasti, insyaAllah lebih 5000 hengget. Website ni memang dah stabil earning, dan ranking di Google nya juga baik..

Untuk saya, sebagai practise SEO, terkejut lah juga sikit. Tak ada sitemap tapi boleh ranking baik? So kita tak perlu buat lah sitemap ya?

Jangan macam tu. Bagi saya, mungkin sitemap pada tahun tu bukan satu faktor SEO yang sangat penting. Sekarang penting tak? Penting ke tak penting ke. Sitemap ni, nak setup tak sampai seminit pun. Jadi tak perlu usaha sangat nak fikir benda simple yang hanya ambil beberapa saat je nak setup.

Anda, install dan activate..setel..

Banyak lagi faktor SEO lain yang perlu di risaukan…

Speed + ‘SEO’

W3 Total Cache | Wp Super Cache | Wp Rocket

Yang saya biasa guna ialah w3 total cache, sebab paling banyak function. Tapi tak semestinya function yang diactivate tu betul betul menjadi. So korang kena try and err juga. try salah satu plugin atau dua dua, iaitu W3 total cache dengan wp super cache.

Yang wp rocket ni bukan tool free. Dalam 39 dollar kalau tak silap..

Tapi saya nampak banyak juga best review dekat wp rocket…

Oh ya, lagi satu, fastest cache. Pun boleh try juga…

HummingBird

Plugin ni antara yang buatkan page website kita laju juga. antara yang plugin ni boleh lebih kurang sama juga function utama yang pengaruhi speed website, antaranya gzip compression,  minify, caching.. Tapi ada function yang mungkin macam special sikit banding dengan plugin lain, tool ni ada function sca yang akan detect mana mana file yang membuatkan page anda slow.

Apa apa saya tak pernah lagi guna hummingbird wordpress plugin ni.

Wp Smush +Pro

Ini untuk smush atau compress kan size gambar anda. Boleh kata ini sahaja lah satu option yang saya guna untuk optimize gambar supaya lebih laju.. atau lebih tepat nya kurangkan saiz gambar supaya load untuk view dengan lebih cepat..

EWWW | Kraken.IO | ShortPixel | Imagify

Selain daripada WP Smush ( ada version percuma ), ini dia 4 lagi wordpress plugin yang boleh compress dan speed up load image anda. Tak, saya memang tak pernah guna yang lain selain daripada wp smush ni. Elok elok je setup website dari fantastico memang terus saya install smush ni. Rasanya EWWWW tu macam pernah cuba, tapi entah lah bila..

Mana yang ada masa nak try baru, boleh la cuba cuba..

BJ Lazy Load

Lazy load ni saya tak guna, tapi saya senarai kan juga sebab saya tengok internet marketer macam Neil Patel ada activate dekat blog dia.

Lazy load ni, function nya untuk load gambar yang view on screen sahaja. Kiranya gambar yang tak di view di screen tidak akan di load. Seperti contoh katakan ada 10 gambar. Kita masuk sahaja page 10 gambar ni, mesti ke 10 10 gambar akan load serentak kan? So page akan jadi slow.

Dengan adanya plugin ni, ia akan load mana yang view di screen sahaja…so satu per satu..

Tp saya tak guna…tak tau la kenapa saya tak guna..

Wp Touch

WP Touch untuk buatkan wordpress theme kita mobile friendly. Kalau tak silap, walaupun wordpress theme kita tak mobile friendly pun, atau pun tak responsive pun. Bila dah pakai ni, insyaAllah ia akan mobile friendly dan patuhi semua faktor faktor mobile friendly yang ditetapkan oleh Google Mobile Friendly Tester ni.

Tapi, sebabkan 2 faktor ni, saya dah lama tinggalkan WP Touch. Rasanya dah 3 4 tahun tak guna..

Sebab 1, sebab nya ialah template yang view di mobile friendly bukannya dari page wordpress theme. Sebaliknya memang load dari template wp touch sendiri. Yang problemnya, template wp touch ni, kalau korang tak beli memang buruk. Lagi pula, katakan di dekstop warna dan design anda lain. tiba tiba di mobile lain, branding pun dah jadi lain macam kan?

Sebab 2, sekarang ni dah macam tak ada dah wordpress theme yang tak responsive. insyaAllah kalau korang beli akan ada function mobile friendly.

MaxCDN | KeyCDN

Max dan Ke2 CDN adalah servis yang saya tengah testing sekarang. insyaAllah kita akan dapat jawapannya secepat mungkin..

CDN atau content delivery network juga bantu page kita load dengan pantas. Dengan mendekat jarak server load dengan pelawat.

So, kalau korang pilih mana mana hosting CDN, pastikan tau mana server locationyang provided.

Security

Ithemes Security | Sucuri | Wordfence

Ini tool untuk security wordpress kita. Daripada hacker gitu..

3 3 ni saya pernah guna. Tapi sampai sekarang, saya stay denga  Sucuri dan Wordfence sahaja. Sebab Ithemes tu saya sendiri di block nya.

Dengar citer, ithemes security ni bagus. Tapi function dia tu macam mengelirukan orang ramai. So itu sebab ramai website owner sendiri yang kena block oleh function Ithemes yang kami sendiri setup. ( termasuk saya lah tu )

Lantas saya tukar kepada yang lain, sucuri dan wordfence.

Tapi ini rasanya dalam 4 tahun lepas punya cerita. insyaAllah rasanya Ithemes sudah roll out new function untuk tackle problem ni..

Defender – Defender? Saya tak pernah guna. Ada siapa pernah try?

Backup Tool

Backup Buddy | BackWPup | VaultPress | Duplicator

Saya jujurnya, memang tak berapa guna sangat plugin untuk backup backup ni. Lagipun, biasanya kalau ada problem saya terus refer kat hosting. Dan mereka akan back up dulu kalau ada apa apa.

Tapi, walaubagaimanapun, saya akan mula lah nak back up back up ni. Sebab benda ni memang penting.

Conversion Tools

Clicky By Yoast | Pretty Link

Convert Kit / Get Response / Aweber

Saya pernah guna tiga tiga ni. Tapi sekarang saya lebih focus pada ConvertKit. Rasa macam lagi best interface nya. Tapi ada cons, sebab convertkit tiada template cantik yang banyak. Sikit je pilihan..

Leadpages

Leadpage tool untuk kita guna bila nak improve email marketing. Boleh la try macam macam template dengan macam macam ab testing yang nak dibuat..

Kalau betul betul serius boleh la guna. Saya pernah try, tapi terlampau mahal.

Thrive Leads

Saya rasa lah kan, daripada korang install leadpages, baik guna Thrive Leads. Lagi murah sikit rasanya.

Optimize Press

Ini antara competitor Leadpages, Thrive Leads..

Yet Another Related Plugins VS AddThis

Yet Another Related Plugins , dulu saya selalu guna, tapi sekarang saya guna AddThis. Sebab saya pernah terfikir, kan bagus kalau kita dapat detect berapa orang yang KLIK artikel suggestion di bawah setiap artikel. Untuk yet another related plugin ni tiada function untuk detect klik.

Tapi addthis ada. So itu sebab saya pilih addthis.. dan juga beberapa function lain yang best lagi..

Bloom

Bloom ni function premium dari elegant themes. Saya dapat guna sekejap je. Sebab rasanya macam convertkit punya layout dah cukup cantik..

Function bloom lebih kurang macam leadpages dan thrive leads juga, tapi lebih basic lah. Tak advance mana..

Blog Interactive

WP-Polls

Saya memang banyak kali guna wp polls ni. Sebab dia letakkan dalam dashboard yang sama. So tak perlu la nak pergi ke website luar pula nak check. Tengok dalam dashboard wordpress kita pun dah cukup.

Scroll Triggered Box ( nama baru sekarang Boxzilla )

Sebaik sahaja pelawat scroll down ke bawah ada ada triggered box kat sebelah kanan. Biasanya iklan lah orang buat. Korang boleh la try kalau nak..

Hello Bar

Ini neil patel punya ni, saya tak pasti dia masih lagi owner sekarang atau tidak. Tool ni bagus juga, saya pun ada juga dapat banyak klik dari function hello bar ni. Korang pergi ke website diorang sendiri untuk tau apa function yang hello bar ni mampu buat.

Monitoring Options

Google Analytics – Install jangan tak install..

Google Search Console – Install jangan tak install..

Google Analyticator – pernah try?

JetPack – ini tak pernah?

MonsterInsights – ini dari Syed Balkhi..Saya tak nampak pun function bagus nya dengan analytics..

Social Vote

AddThis

Yes, macam dekat atas tadi. Saya guna Addthis. Sebab saya boleh monitor setiap vote yang saya dapat..

Sumome

Ini tool popular ni. Boleh la try..

Social WarFare – tak pernah guna..

Floating Social – saya guna ni dulu, best sebab kedudukan dia memang antara yang terbaik. Kita akan dapat banyak vote kalau letak vote box guna function tool ni.

Frizzly – tak pernah guna..

Simple Share Buttons Adder (free)

Monarch – monarch ni premium plugin macam Bloom juga. kena subscribe dengan Elegant Themes. Saya guna kejap je, lepas tu, saya dan unsubscribe dengan elegant themes. Mythemeshop pun saya unsubscribe juga. saya lebih guna themeforest sekarang untuk cari wordpress…

**update… silap silap, kalau dah tak unsubscribe pun masih lagi boleh guna..

Easy Facebook Like Box

Digg Digg – ini lah social vote yang saya mula mula install dulu. Masa tu, satu algo SEO yang power power semua belum dilaksanakan lagi. So social vote dari digg ni memang antara tempat yang saya guna untuk spam backlinks.. kah kah…

Page Builder

Elementor | Beaver Builder

Ada banyak page builder, tapi yang paling paling saya suka ialah elementor..

Comments

Anti Spam Bee – ini the only one yang saya percaya dan guna sampai sekarang… Tapi masih lagi ada kecacatan juga. tengah cuba cuba tengok wordpress plugin yang lain..

Akismet

Disqus

Comment Reply Notification (free)

Banyak kes juga lah dengan wordpress ni. Bila orang tinggalkan comment tapi saya tak dapat apa apa notifikasi. Rugi tu. Bila orang komen, sangat penting untuk kita reply awal. Orang yang hubungi kita kat contact form pun sama kena balas awal awal.

Dan tool ini lah yang boleh bantu kita semua. Tapi saya tak guna yang ni. Saya guna Replyable dari Posmatic

Comment Redirect (free)

CommentLuv (free+) – ramai orang guna ni..

Contact Form

Contact Form 7

Ini contact form yang paling saya guna ni. Simpe lah juga. asalkan email yang orang contact saya tu boleh sampai sudah lah.

Wp Forms | Gravity Forms | Ninja Forms

3 jenis contact form adalah yang advanced sikit kot. Untuk WP Forms ada versi percuma dan berbayar. Macam macam juga yang kita boleh buat dengan form ni. Rasanya boleh juga kalau kita letak payment. Entah apa lah sebab orang nak contact kita boleh bayar sekali ye tak.

Fast Secure Contact Form ( no longer available saya rasa )

Yang ni saya tak pernah guna. Tapi saya perasan lah macam contact form ni best.

Wp Mail SMTP

Kadang kadang, bila kita dah install contact form ni. Korang kena try juga sendiri. Sebab takut takut tak jadi. Sebab tak jadi adalah sebabkan wordpress sendiri yang gunakan coding php kot. Saya pun tak berapa pasti. Tapi memang pernah lah, email yang saya cuba cuba send tak sampai masuk ke inbox gmail. Antara perkara yang kita boleh buat, supaya email yang kita send tu sampai juga ialah dengan install plugin ni, wp mail smtp.

Ada banyak lagi jenis lain, tapi ini antaranya lah.

Tapi kena try dulu boleh ke tak. Kalau tak boleh baru install yang ni. Sebab kalau dah boleh, tapi gatai gatai install akan jadi tak boleh nanti.

Everest Forms (FREE)

Yes, ini antara contact form yang popular juga.

Others

Ultimate Branding

Ini adalah plugin yang menyerlahkan branding kita di blog. Rasanya tak ada versi percuma ni.

Membership

Kalau macam WPKickStarts, saya memang ada guna satu plugin untuk siapkan blog ni, iaitu Ultimate Member. Lupa dah namanya. Nanti rajin saya tengok balik. Tapi motif nya, memang ada lah plugin yang kita boleh set untuk membership website. Antara feature feature yang ada ialah, kita boleh tunjuk mana satu artikel yang kita nak untuk sesetengah pelawat. kita juga boleh tunjuk artikel tu selepas 30 hari contoh juga. macam macam lah. Nanti ada masa saya akan buat artikel untuk review plugins ni.

Fancier Author Box | Author Bio Box

Bahagian author box memang tersangat penting. Ini lah tempat untuk korang perkenalkan diri selain daripada about us page nun. Author box, antara tempat yang banyak dapat KLIK juga tau.

Title Experiments

Nak testing testing title rotation dekat Google SERP pun boleh.

WP Dashboard Notes

Selalu kan, kita plan itu plan ini kat blog. Tapi hilang punah lenyap begitu sahaja. Lupa..so elok juga kalau letak notes ni kat dashboard. Boleh la ingat ingat kan

Insert Headers and Footers

Ini memang plugin yang paling penting didunia ni. Tak ada yoast pun tak apa kot. Function ni tempat saya sumpat kan google analytics punya code. Dan juga tool analytical yang lain. daripada nak search satu satu dekat editor, tak reti. Guna tool ni buatkan jadi mudah.

Tool insert header dan footer ni dari WpBeginner, korang boleh try tool yang lebih kurang sama tapi brand yang lain. Sebab takut takut theme tak compatible. So masih lagi ada option provider lain.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *